RSS

Copy Paste #1: Tips Elak Belengu Hutang

18 Jul

20120718-045849.jpg

  • Buang sikap tamak dan menyombong diri. Ia adalah penyebab Utama peningkatan hutang. Tingkatkan rasa qana’ah iaitu merasa cukup dan syukur dgn nikmat Allah SWT. Tidak perlu Ada pertandingan siapa lebih kaya atau mewah. Oleh kerana itu Nabi SAW selalu memanjatkan doa kpd Allah SWT yang bermaksud: Ya Allah, aku meminta padaMu petunjuk, ketaqwaan, serta diberi sifat ‘afaf dan ghina. (riwayat Muslim).
    Yang dimaksudkan dgn al-‘afaf ialah menjauhkan dan menahan diri drp perkara yang ditegah. Manakala al-ghina adalah hati yg selalu merasa cukup dgn nikmat yg diberikan Allah SWT.
  • Membuat perancangan kewangan. Umat Islam tidak boleh menyerahkan kepada takdir semata2. Mereka perlu bersedia utk berhadapan dgn sebarang kemungkinan dan membuat persediaan sebelum menghadapi kesusahan.
    Sekiranya Perkara yang tidak diingini berlaku kepada diri, ahli keluarga, harta benda dan kenderaan, pastinya kita memerlukan kewangan yg kukuh utk berhadapan dgn situasi tsb.
    Sbg Contoh, apabila berlaku kerosakan kpd kenderaan akibat kemalangan, pemiliknya akan membaiki kerosakan tersebut dan tentunya ia akan menjejaskan pendapatan dan harta benda.
    Di sinilah wujudnya situasi dimana pemilik akan berhutang utk menyelesaikannya. Sebaliknya jika pemilik kenderaan tsb sudah membuat persediaan spt mendapatkan perlindungan TAKAFUL maka musibah yg berlaku akan dapat diuruskan dgn baik tanpa memberikan kesan negatif
  • Sekiranya kita pernah berhutang, maka jgn kita bertangguh utk membayar hutang. Kita bertanggungjawab utk menyelesaikan tanggungan hutang walaupun ia tidak dituntut.
    Jgn kumpul hutang utk dibayar di kemudian hari kerana ia akan menjadi suatu bebanan besar yg sukar ditanggung lagi.
    Sekiranya tidak mampu utk menyelesaikan kesemuanya sekali gus, maka ia boleh dibayar secara beransur2, bergantung kpd perjanjian yg dibuat.
    Ingat membayar hutang adalah wajib. Maka sekiranya kita mempunyai kemampuan, namun tidak membayar hutang, ia adalah dosa disisi Allah SWT.
    Bahkan Allah SWT juga tidak akan mengampunkan dosa org yg berhutang walaupun dia mati syahid. Sabda Nabi SAW: Diampunkan semua dosa bagi org yg mati terkorban syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia). (riwayat Muslim, 6/38)
  • Perbanyakan doa agar terhindar drp bebanan hutang. Nabi SAW mendidik umatnya bermohon kpd Allah SWT
    1. Allah SWT berfirman: dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kpd tiap2 orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman:18)

      Barang siapa yang meminjam harta org lain dgn niat ingin mengembalikannya, Allah akan mengembalikan pinjaman itu, namun barang siapa yang meminjamnya dengan niat ingin merugikannya, Allah pun akan merugikannya.
      (Riwayat Bukhari)

      Ya Allah aku berlindung kepada Mu drp dosa dan hutang. Lalu Baginda ditanya: Mengapa engkau sering meminta perlindungan drp hutang wahai Rasulullah? Baginda menjawab: Jika seseorang itu berhutang, bila berbicara dia dusta, bila berjanji dia mengingkari. (riwayat Bukhari)

    source: Utusan Malaysia 18/7/2012

    Advertisements
     
    Leave a comment

    Posted by on July 18, 2012 in Uncategorized

     

    Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

     
    %d bloggers like this: