RSS

Rumah Pencen Kami

17 Jul

Few months ago semasa aku pergi bayar Fomema untuk permit pekerja2 aku di Kompleks PKNS Shah Alam, aku ternampak iklan satu projek perumahan PKNS di Kuala Selangor. Mereka membangunkan bungalow dan semi-detached houses untuk projek itu. Harga untuk sebuah bungalow yang keluasan tanahnya 40×80 adalah sekitar 350k. Aku tertarik dengan harganya yang murah. Kami memang mencari rumah yang mempunyai tanah disekeliling utk hari tua.

20120717-175916.jpg

Kuala Selangor memang jauh. Tapi dengan development di kawasan Klang Valley ni, aku rasa it wont be that far or outskirt in few years time. Tambahan dah ada Latar Hiway untuk ke sana. Bandar dia takde lah kampung sangat. Tengok je harga rumah2 dlm kawasan Klang Valley di atas. Kalau bukan Millionaire jgn mimpi nak merasa dapat duduk bungalow. Semi-detached je harga dah menggila. Even intermediate link houses pun dah jejak 1/2 million!

Telah beberapa kali aku pergi meninjau projek tersebut. Fasa 1 hanya tinggal 2 buah bungalow lot tengah yang tinggal. Aku tidak berapa tertarik dengan lot tengah kerana tanahnya yang tidak terlalu besar dan rumahnya juga kecil. Mereka dalam proses menyiapkan Fasa 2. Untuk fasa 2 ini hanya 2 baris bungalow yang dibina. Selebihnya adalah semi-detached.

Aku dan isteri berminat dengan bungalow barisan hadapan yang menghadap taman permainan. 2 lot tepi yang ada. 1 lot dihujung sebelah sana menghadap tangki air dan 1 lot lagi menghadap taman permainan. Memang lot ini menjadi idaman kami.

20120717-233424.jpg

Inilah dia bungalow idaman kami. Bungalow setingkat yang mempunyai 4 bilik. Belum ada price tag untuk unit2 Fasa 2 ni tapi kami menganggarkan untuk lot tengah dalam 400+k. Untuk unit tepi yang kami idamkan ini should be around 550k dengan tambahan tanah. The best part about PKNS project, dia org buat dulu, dah siap baru jual. Loan approved, duit fully disburse bole duduk sudah.

20120717-233703.jpg

Terdapat 2 model untuk unit2 bungalow ini. 1 model hall bersama dining, manakala 1 lagi mempunyai dining yang terpisah dari hall. Kebetulan unit lot tepi yang kami idamkan adalah model yang mempunyai dining yang terpisah dari hall.

Kami tahu unit yang kami idamkan ini juga menjadi idaman ramai. Beberapa kali kami pergi meninjau projek yang sedang berjalan ini untuk memastikan yang kami tidak akan terlepas peluang memilikinya. We don’t wanna miss the launching to make sure we get this unit.

20120717-233833.jpg

Inilah padang permainan di depan bungalow tersebut yang kami bayangkan di sinilah nanti kami akan banyak menghabiskan hari tua kami.

So we have made up our mind this will be our retirement home and Kuala Selangor will be our retirement town. Tup…tup…my sister yang baru migrate ke Australia nak jual their corner house in Subang Bestari for 580k. Great…now we are in delimma. No doubt their house is a bit more expensive than the bungalow we are buying tapi rumah dia sudah renovated di bahagian belakang. Bilik2 atas dan dapur telah dibesarkan. Tanah dia pun not bad besarnya. Most importantly lokasi dia tak berapa jaih dari rumah kami sekarang.

But my sister hanya akan jual rumah mereka early next year kerana barang2 dia banyak lagi dalam rumah tu. Besides the new condo she’s buying will only be ready in 3 years time. Kalau dia nak jual rumah tu early next year bagus juga so kami ada masa untuk main dengan bank statement kami.

Tetiba hari ni aku dapat SMS dari PKNS untuk datang launching projek mereka dan pilih unit idaman kami pada Khamis ni. Alamak sekarang aku betul2 pening da……!

20120717-235229.jpg

Tak grab bungalow ni takut my sister tak jadi jual pulak rumah dia. Takut yang dikendong tak dapat yang dikejar berciciran. I havent discuss this with my family yet. I only forwarded the SMS to my wife just to let her know.

Buat masa sekarang ni aku rasa nak grab je dulu bungalow ni kalau dapat unit yang kami nak tu. Kemudian baru fikir. Kalau tak jadi nak amik aku let go je la. Nak amik both houses memang kami tak mampu……. Rumah yang sedia ada pulak ambil masa juga utk dijual

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 17, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: