RSS

Malaysia vs Singapore 2nd leg: Nak tengok ke tidak???

26 Jul

20110726-084115.jpg

Hari Khamis ni 28 July adalah 2nd leg World Cup Qualifier Malaysia vs Singapore di Stadium Bukit Jalil. Satu Malaya dah tau Harimau kita sudah tunduk kepada pasukan ‘United Nation’ seperti YB Khairy Jamaludin gelar Pasukan Singapura yang membariskan pemain dari pelbagai negara ditumpaskan 3-5 di Stadium Jalan Besar Singapura tempoh hari.

Aku tonton di rumah 1st half yang menyaksikan Malaysia dibelasah 4-1 walaupun dapat menjaringkan gol seawal saat ke 26. 2nd half aku dah tak tengok sebab ingatkan dah takde harapan. On top of that aku terpaksa pergi kenduri di rumah jiran.

Sambil menunggu kehadiran jemputan ke kenduri tersebut, aku membaca tweet2 tentang perlawanan yang sedang berlangsung. Terperanjat beruk2 di hutan bila aku tengok jaringan telah berjaya dirapatkan menjadi 3-4. Terus aku masuk balik ke dalam rumah, on tv and tengok balik. harapan tinggi menggunung kalau2 Malaysia dapat samakan kedudukan atau paling tidak kekal dengan score 3-4 tu. Unfortunately bolos lagi satu gol……

Frust giler dengan defence Malaysia yang terlalu lemah dengan melepaskan gol2 mudah. Bila dah jadi 3-5 rasanya macam susah nak bangkit balik masa 2nd leg nanti. Malaysia perlu menang dengan kelebihan 2 gol. Boleh ke????

Nampak macam sesuatu yang mustahil tapi bila fikir2 balik, bola tu bulat. Anything can happen. Kali ni main kat Malaysia kat kampung sendiri. Kelebihan home ground dengan sokongan padu 80,000 penyokong maybe Malaysia can do something.

20110726-085443.jpg

Aku baru lepas survey harga tiket. Semalam aku tengok dekat tickethotline.com.my hanya ada tiket berharga RM30 jer. Aku nak beli tiket grandstand. So aku google and found out ada tiket grandstand berharga RM50 dijual di stadium2 MBPJ, Shah Alam and Bkt Jalil bermula hari ini.

Wah…boleh gak ni. Bawak my family pergi tengok. My daughter tak pernah pergi stadium tengok bola. It’ll be a whole new experience for her. Besides, when was the last time I watched Malaysia play? Eh…dah lama gak lah!

So after this aku nak pergi Kelana Jaya and buy the ticket. Provided aku tak malas lah…hehe. Tonight or tomorrow night, bawa my family pergi Uptown beli Malaysia jersey ciplak. Wah…how nice would it be the three of us wearing KUNING Malaysia jersey. Tak nak beli yang biru sebab TAK BERSIH……hehe.

Tapi….aku belum tanya anak and wife aku lagi dia orang nak tengok tak. Ah tak payah tanya lah just beli jer….

Kalau dah beli tiket, beli jersey, bole menang ke? Buat penat and habis duit jer kalau kalah and tak layak ke pusingan seterusnya. Ah…tak kira ah. Yang penting it’ll be a new experience for my family and yang penting semangat PATRIOTIK tu. Betul ke nak pergi ni….

GOOD LUCK MALAYSIA

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 26, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: