RSS

Macam mana nak rajin menulis ek…?

25 Jul

Aku letak tajuk ni dengan soalan. Macam mana nak jadi rajin menulis? Maksud aku menulis di blog atau journal atau diary. Untuk lelaki biasanya memang tak menulis atau ada diary pun. Hanya seorang lelaki sahaja yang aku kenal yang rajin menulis diary iaitu almarhum ayahanda ku. Dia ada susunan diary setiap tahun. Semasa kecil aku selalu menyelinap masuk ke biliknya sewaktu dia tiada, menyelongkar biliknya dan membaca diarynya 🙂

Ayahandaku menulis diary menggunakan tulisan jawi. Beliau mempunyai tulisan tangan yang cantik baik didalam rumi mahu pun jawi. Aku banyak mengenali beliau melalui apa yang diluahkan di dalam diarynya. Kelebihan anak Johor seperti aku, kami boleh menulis dan membaca jawi dengan baik. Cuma sekarang kalau suruh baca masih boleh tapi merangkak2 sikit kot sebab dah lama tak baca jawi. Nak baca kat mana? Dulu ada akhbar jawi Utusan Melayu.

Sebagai Pegawai Kerajaan di dalam Johor Sivil Service, ayahku mesti mengisi Buku Harian Rasmi milik kerajaan Johor. Mungkin Buku Harian Rasmi tersebut diserahkan setiap minggu kepada Pegawai Atasannya untuk disemak. In my dad’s case sebagai Pegawai Petempatan (SO) Pejabat Tanah Daerah pegawai atasannya ialah Chief SO atau Penolong Pemungut Hasil Tanah atau ADO. Beliau perlu mencatatkan tugasan yang dilakukan seharian terutama apabila melakukan kerja2 luar pejabat. Mungkin dari habit itu menyebabkan dia rajin menulis personal diarynya….

Aku sendiri malas menulis walaupun niat hendak menulis tu ada. Tapi biasanya hangat2 taik ayam. Blog ni pun entah blog yang ke berapa aku create. Semua blog2 sebelum ini ‘terbengkalai’ begitu sahaja sampai aku pun lupa password dia….hehe.

Niat hendak menulis, share apa yang aku rasa dan pengalaman aku melalui tulisan memang kadang2 meluap2. Biasanya apa yang aku tulis just half way dan aku tak post pun. Tulisan ni pun aku tak sure samada aku post atau tak 🙂

Mungkin kerana kekurangan aku dalam penguasaan BM standard menyebabkan aku malas menulis. Aku pernah menulis pendapat aku tentang PPSMI untuk Utusan Malaysia. Apabila ianya disiarkan banyak editing dilakukan pada penggunaan bahasa Malaysia aku. Untuk pengetahuan, dalam SPM dulu aku dapat aggregate 7 dalam BM tapi dapat 3 dalam English. Aku pun ada mengambil English 121 atau 1119 dulu. Tapi bahasa Inggeris aku pun bukannya perfect sangat, so so jer. Tapi aku selesa gunakan BI dalam penulisan. Bahasa pertuturan aku di rumah dengan anak ku pun dalam BI.

Lepas sekolah aku menuntut di Stamford College. Bahasa pengantarnya BI. Dalam course aku pun hanya 2 orang budak Melayu yang lainnya Cina dan India. Waktu tu pun aku tinggal serumah dengan rakan2 Cina so banyak gunakan BI. Waktu kerja pun rakan2 rapat aku majority bukan Melayu.

Formally aku tak ada kelulusan BI. In my family dua orang yang berkelulusan TESL. Abang sulungku dan isterinya yang sekarang merupakan Prof Madya pusat bahasa di Uitm serta adikku.

Anyway back to the main topic or in this case question. Macam mana nak rajin menulis? Aku pun tak tau macam mana. Banyak posting aku sebelum ni ended as draft yang tak post pun. Sewaktu balik dari mengikuti perhimpunan Bersih 2.0 tempoh hari, aku bersemangat nak tulis pengalaman aku. Lebih2 lagi bila membaca laporan2 yang tidak tepat tentang perhimpunan tersebut tapi post tu pun masih tersimpan dalam folder draft…

So hepofully lepas ni aku akan rajin menulis. Bukan tulis half way as usual tapi try to finish it supaya boleh post dalam blog ni. Aku tulis post ni pun sambil makan gunakan iPad. Tadi mata aku teramatlah mengantuknya dan badan rasa letih. Aku pun melabuhkan (cheh….dahsyat bahasa) badan ku di atas sofa sambil membaca akhbar2 online. Tapi perut aku lapar gila, so aku paksa diri untuk keluar mencari makanan mengisi kekosongan perut. Pergi restoran mamak pekena Tongkat Ali untuk segarkan badan dan apa2 yang patut…..sambil makan maggi sup. Sambil menghirup kuah sup maggi kari yang enak ni, aku ketuk2 la keyboard ni.

Makan pun dah habis, mata pun da mula ngantuk, tak tau nak tulis apa lagi so cukup sampai di sini sayang…relakan perpisahan ini….CHAO 😀

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 25, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: