RSS

Mini Reunion

03 Jul

image

Last nite I met up with my childhood buddies, Kader Nazir, Kamal Mustaffa n Affud at Uptown. They are actually my junior. We went to the same school, Sekolah Dato Sri Amar DiRaja Muar. Affud, who is the brother of former Lefthanded singer Nash, is a year my junior while the other two are 2 years.

This is the 1st meeting with Kader this year. We met regularly last year. Ada business deal dgn dia. The last time I met Kamal was more than a year ago masa reunion Padang Gamin, my kampung. Affud paling lama tak jumpa. Nearly 5 years. Kali terakhir jumpa masa hari pengkebumian my father in Muar when he visited me.

We go a long way back. Rasanya kami kenal sejak sekolah rendah kot. Kader and Kamal pernah tinggal di kampung ku. Affud tinggal few kampung away di lorong Ithnin. But we went to the same surau, Surau Pt. Kadhi.

Ingat balik zaman kanak2, kami selalu bermain bersama. Permainan utama kami disebelah petang ialah bolasepak sebelum kami semua mula bermain tenis semasa di sekolah menengah. Rasanya kampung aku adalah satu-satunya kampung dalam Malaysia yg ada tennis court kot.

Setiap tiba ramadhan kami akan menunaikan solat terawikh (kadang2 bukan solat pun tapi main) sementara menunggu latihan marhaban selepas terawikh. Antara mereka rasanya aku antara yg terawal terlibat dgn marhaban ni kot. Zaman penyanyi Nash jadi ketua lagi.

Bila Nash dan yg senior2 da tinggalkan marhaban, kamilah yang menjadi penyambung warisan. Aku pernah terpilih jadi ketua atau Pengerusi marhaban. Di zaman junior, bila Nash dan senior lain da takde, antara penyanyi2nya ialah aku, Kader, Affud dan ramai lagi. Tapi kami masih dilatih oleh Nash sehingga beliau menjadi penyanyi dgn menyertai kumpulan Lefthanded.

Semua bukan bole nyanyi pun tapi main belasah jer. Kader terkenal sebagai penyanyi nasyid YaSabal. Affud, mungkin mewarisi sedikit bakat abangnya Nash, adalah pada aku paling okay suaranya antara kami. Dia boleh mendendangkan nasyid yang berirama mendayu2. Dia selalu menyanyikan satu nasyid, aku lupa tajuknya, di rumah Pak Habib di Jln Daud yg pasti akan menangis tersedu-sedan bila mendengar nasyid arab ni. Kami pula akan tertawakan Pak Habib yg menangis itu sesama sendiri. Dia menangis mendengarkan maksud lirik nasyid tersebut. Kami pula tau nyanyi jer sepatah haram pun tak faham maksud nasyid arab yg kami nyanyikan.

Banyak lagi kenangan manis antara kami yg tak cukup tempat kalau nak dikongsikan di sini. Selain menyingkap kenangan lama dalam “mini reunion” ini, kami juga menyingkap cerita atau kenangan kawan2 lain. Daripada yg baik seperti malaikat sehingga yg nakal dan jahat seperti syaitan.

Isteri ku yg datang bersama anak ku kemudian, sempat juga “reunion” dgn isteri Affud dan anaknya. Isteri ku mengenali isteri Affud pada pertengahan tahun 90an. Affud yg menjadi agen insurans aku pada ketika itu, sering datang bersama isterinya kepejabat kami utk collect premium. Dari situlah mereka mengenali satu sama lain. Rancak juga aku lihat perbualan mereka.

Sekarang masing2 telah membawa haluan di dalam bidang yg diceburi. Kader seorang ahli perniagaan di Setiawangsa. Berkahwin dengan seorang guru tapi masih belum mempunyai rezeki untuk memiliki zuriat.

Affud terlibat dalam bidang freight fowarding dan based di Dubai sejak 5 tahun dulu. Dia banyak mengembara di Timur Tengah termasuk war zone countries seperti Iraq dan Afghanistan. Seronok juga mendengar pengalamannya di perantaun.

Kamal tinggal di Ampang dan pernah bertugas di Sabah beberapa tahun lamanya.

Kepada kawan2 yg membesar bersama kami, jika membaca post blog aku ni, lets meet up guys! Mesti best and happening sembang sambil menyorot memori kenakalan kita dahulu.

I will be going back to Muar on July 12 to attend my secondary school Gold Jubilee dinner. I’m bringing my family to the dinner. I want my wife and daughter to see my old school and meet up with my ex school mates. Hopefully I can meet my old  teachers too kalau ramai yang masih hidup la. Dengarnya ramai juga guru2 yang telah meninggal dunia.

Special thanks to Kader who arranges this “mini reunion” and it gaves me an idea. Why not we organized a reunion, lets say in Malacca. Tidur 1 nite there. Bring the whole family. It will be like a family day.

Posted from WordPress for Android

Advertisements
 
Leave a comment

Posted by on July 3, 2011 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: